Selasa, 22 Februari 2011

Tureen n teko antik Jepun

Hari ni saya nak kongsi koleksi tureen dan teko antik Jepun yang saya mula kumpul dari tahun lepas dan dari info yang saya dapat di blog TAJ , teko Jepun ni dikeluarkan sekitar tahun 1900-1940 . Baru-baru ni koleksi saya bertambah dengan 2 biji teko serta sebiji tureen lagi dan paling buat saya gembira bila tengok condition teko-teko dan tureen baru ni dalam keadaan yang sangat cantik .

Trio 3 biji teko dalam 3 saiz , teko yang tengah tu memang tak ada tutup asal dan bentuk macam buah labu sementara teko yang kiri sekali serta teko sebelah kanan sama bentuk cuma saiz je berbeza.

Teko Jepun ni cantik sangat la..

Terlalu cantik..

Palitan corak bersadur warna emas yang masih cantik , mesti pemilik asalnya jarang guna teko ni atau teko ni hanya dijadikan hiasan sebab condition teko ni masih dalam keadaan yang sangat cantik .

Gabungan corak geometri dan organik yang sangat cantik..

Unik dan mahalnya porcelian antik Jepun ni adalah pada kehalusan hasil pembuatannya yang sangat tinggi nilai estetikanya . Porcelian Jepun ni tergolong dalam kelasnya yang tersendiri....

p/s. Sekarang ni kalau buat n3 saya lagi suka masukkan banyak gambar baru la best layan tengok koleksi pml antik dan saya ni bukannya reti sangat nak karang ayat so tengok gambar lagi bestkan..

4 ulasan:

  1. Salam Nannie, memang cantik dan walaupun tampak simple tapi elegance yang tersendiri.. lagi menarik bila dah berkumpul ni.. :)

    BalasPadam
  2. cantik betul koleksi ni. Ain pun dah mula kumpul set ni. Setakat ni dah ada tureen kecil dan teko kotaknyer..

    BalasPadam
  3. wlkslm k aida,
    Simple je corak set dari jepun ni tapi elegance kan betul kak set ni cantiknya lain dari lain .

    BalasPadam
  4. to ainzuryn,
    cantikkan set ni waa bagus tu ain dah dpt teko kotaknya tahniah

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..