Ahad, 6 Februari 2011

Trio teko kesayangan

Dulu masa mula nak kumpul pml ni saya memang tak tau langsung nama corak bunga pml asal jumpa je beli dan beli sampai satu tahap lemari , kabinet dapur dah penuh so memang banyak sangat pinggan mangkuk , teko dan set yang saya ada dan akhirnya saya jual untuk bagi ruang simpanan kepada set yang betul-betul saya nak simpan .

Sekarang ni saya dah tau jenis porcelian yang jadi idaman dan saya nak simpan macam teko trio 3 biji ni saya dapat kumpul bulan November tahun sudah . Saya memang dah lama cari pml dengan corak-corak bunga ni sebab tergolong dalam kategori corak bunga yang 'rare' dan antik .

Masa dapat tu memang suka la sangat sebab teko buatan Jepun ni memang antik dengan corak yang jadi idaman collector pml . Teko bersaiz sederhana dan masih dalam keadaan cantik . Mungkin agak susah nak cari set cawannya tapi di Amcorp Mall macam-macam boleh ada dan timbul hanya perlu tunggu saja....


Bunga poppy nanti saya nak gandingkan dengan teko kotak hmm mabelesnya suka-suka..


Bunga periuk kera..cantik sangat..



Ni pula namanya corak ros Jepun cantikkan , harap-harap dapat la saya cari set cawannya so tunggu lagi insyallah jumpa la..

4 ulasan:

  1. salam nannie,

    tri set tu semua susah nak dapat semua buatan jepun ek ....kak ada satu jer yg bawah sekali tu.
    kalau dpt set cawannya jgn lupa buat tayangan leh tumpang cuci mata. hehehehe

    BalasPadam
  2. salam kak nani
    sy ader teko kotak utk bunga poppy & periuk kera..akak tuh..cunlah teko bulat tuh..nak let go..bgtaw chemp yer..chemp nak..hiiiihihhi

    BalasPadam
  3. wlksalam k zie,
    rasa2nya mungkin susah nak dpt tapi mungkin boleh dpt hehe sbb benda2 antik ni x tentu masa boleh muncul je . ok kak kalau dpt set cawannya saya buat n3 lagi

    BalasPadam
  4. wlksalam chemp,
    buat masa ni akak x jual dan mmg anatar teko kesayangn akak ni teko jepun kan susah nak jumpa corak bunga lama2 mcm ni hehe tapi x tau la kalau akak nk jual insyallah akak bagi tau chemp

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..