Isnin, 14 Februari 2011

Tahniah kak Liza (Kedai Ipoh Loken)

Seronok tadi saya tengok my dear friend kak Liza yang muncul di TV3 dalam rancangan Wanita Hari Ini dengan topik perabot vintage so termasuk la pinggan mangkuk lama yang vintage atau antik . Syabas saya ucapkan pada kak Liza and I`m so happy for you . Moga kak Liza terus sukses dalam perniagaan pml dan barangan vintage lain termasuk la perabot. Pada sesiapa yang nak cuci mata atau nak beli pml di BLOG KAK LIZA boleh la klik DISINI

Kak Liza adalah antara otai yang berpengalaman luas tentang pml antik dan kak Liza pun ada kedai di Anggerik Mall , Shah Alam selain berniaga di Maha Sedang serta Putrajaya . Kalau ke Loken atau Memorylane jangan lupa singgah ke tapak family husband kak Liza berniaga betul-betul di pintu masuk/gerbang Loken tapi kak Liza tak la ada di Loken setiap hari Ahad so selalunya waris atau family husband kak Liza yang berniaga di sana .

Congratulation kak Liza yang cantik berbaju merah..

Btw sori la kualiti gambar yang kurang memuaskan hehe banyak kali juga saya snap ni untuk dapat gambar yang terbaik..

Kak Liza yang tengah bercerita dan bagi penerangan tentang cawan kangkung , pengacara tanya "macam mana nak tau pml yang betul-betul lama" and kak Liza jawab " tengok pada cop bawah cawan ni sebab pml antik ada cop yang tersendiri seperti tulisan MADE IN CHINA yang warna merah atau hitam" memang betul pun so pada mereka yang baru nak kumpul pml the first lesson is untuk belajar mengenal jenis-jenis cop untuk mengetahui sama ada pml tu betul-betul antik atau produk baru . Macam saya juga dulu sikit demi sedikit saya belajar tentang vintage and antik pml ni dan banyak juga ilmu serta info yang saya dapat dari kak Liza..

Kak Liza..

Nampak kan alamat kedai kak Liza di Anggerik Mall so kalau berminat nak kumpul pml boleh la cari kedai kak Liza atau facebook kak Liza . Saya dapat 6 pasang cawan pml pertama iaitu corak maple coklat dari kak Liza la iaitu masa saya mula-mula ke Maha sekitar bulan Ogos 2009...

Kak Liza tengah bercerita tentang pml tahniah ya kak dapat muncul dan memberi info tentang pml di TV3 . Awal pagi ni bila dapat je call dari kak Liza saya excited la terus saya bereskan semua kerja rumah secepat mungkin dan dalam pukul 12 suku saya dah ada depan tv walaupun sebenarnya saya ni jarang tengok rancangan WHI tapi sebab kak Liza akan muncul saya mesti la tengok bagi sokongan pada kawan....


Ni pula antara pml yang kak Liza bawa semuanya bunga kangkung dan set biru polos..

Ok bye for now nanti besok insyallah saya masukkan n3 baru...

3 ulasan:

  1. Salam.. sy tgh mencari jwpn mcm mana nak kenal PML. Ada tak n3 dlm blog ni yg boleh sy jadikan rujukan. Baru2ni ada beli teko dan acuan kuih lompang. Xde ape2 cop pun.. tak orilah tu ye?

    BalasPadam
  2. Salam Nannie,

    Saya tumpang seronok baca cerita nannie kali ni,klu saya dpt tgk rancangan ni lagi bestkan. Sbb dpt rasa diri ini sebahagian drpdnya. Now ni kat drama2 tv pun dah byk pki set pml esp cerita2 yg kat kg2. Anak2 pun dah jd pemerhati...perhatikan pinggan dan cwn yg dipakai. Syok je...

    BalasPadam
  3. Salam Nannie,

    Seronok baca n3 Nannie kali ni, klu cerita2 pasal PML saya memang teruja...rasa diri sebahagian daripadanya..sayang tak dapat tengok kak liza di kaca tv..dpt tgk kat sini je..

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..