Isnin, 11 April 2011

Tureen ros Jepun

Hari ni saya nak kongsi tureen bunga ros yang sweet ni , tureen antik ni dari Jepun . Tureen ni saiznya 10.5 inci so saiznya sedang cantik je tak terlalu besar atau kecil sangat . Corak bunga ros kat tureen ni cantik dan sweet sangat kena pula dengan corak daun warna hijau lembut yang melingkari bunga ros . Ok la jom tengok gambar tureen yang penuh dengan bunga ros ni.....

Sweet roses..
Warna ros ni lembut dan sweet sangat..

Cantikkan..
Memang lama saya tunggu nak dapat tureen bunga ros macam ni dan akhirnya tercapai la hasrat saya lepas sabar menunggu . Macam saya cakap dulu tak dapat di sana kita cari kat sini dan kalau tak dak juga kat sini alamatnya kita kena keluar daerah la pi cari insyallah ada la bahagian kita..kalau tak da pun ok kalau ada emmmmm seronok tak terkata la...

4 ulasan:

  1. cantikkkknyaa tureen ni kak nannie....bunga penuh!..

    BalasPadam
  2. kalau saya yg dapat tureen ni tido malam pun peluk...cun gilerr

    BalasPadam
  3. Salam Nannie....cantiknya tureen ni..memang sweet sangat...wahhh nampaknya Nannie punya koleksi tureen lagi mengancam...Nannie banyak dapat kat mana ek? lawa2 lah.....tak ada xtra ke? tak nak jual kat akak ke..??? huhu

    BalasPadam
  4. to Yatt,
    haaa comei n cantikkan bunga penuh color sweet saja , tureen mcm ni yatt ada kan .

    to Mas,
    Mas , hehehehehe mmg tureen ni boleh buat kita nak duduk dekat je comei sgt

    to k Azzah8,
    wlkslm kak , tureen ni mmg sweet hehehe koleksi saya campur2 ok la sama je dgn koleksi collectors lain , saya dpt dri byk tempat amcorp , selinsing kat kampung n kawan tolong cari kan . x de xtra la kak semuanya dpt sebiji sja n saya mmg tak jual simpan buat pusaka :)

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..