Khamis, 21 April 2011

Tiffin-tiffin biru ku...

Hanya mereka yang sama citarasa dan hobi saja tau kenapa saya suka kumpul semua tiffin ni . Bila tengok dalam gambar memang dah nampak cantik tapi bila ada depan mata secara jujur saya bagitau memang saya tak boleh tahan tengok keunikkan dan cantikknya tiffin ni susah saya nak huraikan dengan kata-kata cuma saya boleh katakan 'hanya jauhari mengenal manikam' . Lagi best bila saya beli semua tiffin ni di kedai yang jual barang-barang antik di Jonker Street so saya dapat beli semua tiffin ni dengan harga yang sangat-sangat berbaloi . To my dear friend , terima kasih akak ucapkan sebab bagi tau akak tentang kodai antik kat Jonker tu , memang berbaloi laa....

Cepat cepat berbaris elok-elok semua nak masuk blog ni...


Deretan tiffin untuk ku warisi pada ketiga-tiga permata hati anak-anakku yang tersayang...


Corak bunga teratai..


Bunga seri pagi yang kembang mekar..


Corak kat tiffin ni saya kurang pasti tapi daunnya macam daun pegaga atau mungkin juga ada sejenis bunga yang sering dilihat oleh pereka yang melukis corak pada mangkuk porcelian tiffin ni..
Cantik , unik dan antik...

2 ulasan:

  1. Salam nannie,
    sama la kite beli tiffin ikut jumlah anak..hehehe..esok2 dorang tak gaduh2 dah kan..amik sorang satu..hehe..aida pulak ditambah dgn anak angkat..bertambah la tiffin ..hehe ( p/s kat haizul antik pun akak ade beli..rege lebihkurang je akak rase... :) )

    BalasPadam
  2. wlkslm k aida ,
    hihih sama ya kita ha a senang beli sorang sebiji esok2 jgn gaduh2 sbb semua ada bahagian masing2 sonang cerita nanti kan . saya tak kenal haizul tu kak harganya lebih kurang kt jonker ke waa bagus tu

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..