Selasa, 5 April 2011

Baru nak kumpul tureen - 'cinta' baru nak berputik..

Saya sekarang ni baru nak mula kumpul tureen dulu saya lebih pada nak lengkapkan set teko , cawan-cawan dan pinggan mangkuk . Walaupun sekarang set pml saya masih ada yang tak lengkap dengan creamer dan sugar pot tapi saya dah mula nak kumpul tureen sebelum kepupusan . Sekarang ni pun bukan senang nak jumpa tureen kecuali ada kenalan yang sentiasa boleh tolong cari kan untuk kita . Banyak kali juga saya terlepas dapat beli tureen di fb atau yang dijual oleh blogger nak buat macam mana saya yang lambat tengok dan memang dah tertulis tureen tu bukan untuk saya . So saya buat keputusan biar lah saya cari sendiri tureen-tureen tu .

Saya ni baru masuk dalam fasa nak kenal bunga-bunga dan jenis-jenis tureen macam orang baru nak bercinta la baru kenal sikit-sikit lepas tu baru la 'cinta' nak berputik dan lepas tu baru cinta tu berkembang mekar .Sekarang ni agak susah juga nak jumpa tureen tapi saya tetap tak putus asa nak cari juga kalau tak jumpa di sana mungkin ada di sini atau insyallah ada bahagian saya di tempat lain . Alhamdulillah lately ni saya selalu jumpa tureen dengan harga yang ok berbaloi . Koleksi yang ada dalam simpanan saya pun makin bertambah dan saya akan kongsi koleksi tureen saya di blog saya ni dari masa ke semasa . Kalau dulu saya nak cari teko kotak je tapi zaman teko kotak saya dah berlalu sebab saya rasa cukup la dengan beberapa biji teko kotak yang saya dah ada tu so sekarang ni saya dalam fasa baru mula nak kumpul tureen pula .

Tureen berkaki/tapak yang baru saya dapat , corak roses dan bunga-bunga biru/oren . Cantik serta sweet dan saya ada sebiji lagi tureen macam ni tapi corak geometri nanti saya masukkan dalam blog .

Elegant bentuknya..
Kat pemegang ni yang cantik sangat . Bila makin dibelek makin sayang patut la bila dah ada sebiji tureen nak cari lagi . Kalau dapat lagi memang best tapi kena tunggu saja la kan dan kalau ada rezeki dapat la saya kumpul tureen dengan corak lain pula..

2 ulasan:

  1. wow nannie, memang mantop n elegant looking, i likee, suka sangat tengok tang bunga n body tureen tuu, mengancam habis.Teruskan perjuangan mu nannie sebelum spesis tureen kepupusan.

    BalasPadam
  2. Aina,
    taste kita sama la suka pada bunga n body tureen ni kan . hehehe akan ku teruskan perjuangan ni ceewah hehehehehe

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..