Khamis, 18 November 2010

Poppy n ros

Ramai juga PML yang ada teko kotak bunga poppy dan ros ni kan kiranya antara corak yang agak mudah nak jumpa buat masa ni . Teko kotak ni adalah yang terbaru saya dapat dan bunga serta kombinasi warna bunga cantik gitu .

Bila dah dapat sebiji mula la nak cari lagi dan bila dah dapat 2 biji teko kotak minat makin menjadi-jadi sampai la jumpa teko kotak yang ketiga ni . Saya dah happy dapat 3 biji teko kotak corak bunga kiranya dah sampai la hajat saya ni . Kalau jumpa lagi teko kotak dan harganya pun ok mampu beli memang saya akan tambah lagi koleksi sebab teko kotak ni memang usianya lama sangat dan susah dah nak jumpa sekarang ni .

Teko kotak ni kotor masa saya beli dan bila balik rumah saya tuang klorox campur air dalam teko ni dan biar dalam 4 jam lepas tu saya basuh dan gosok semua daki kat bahagian luar dan dalam teko ni . Bila dah bersih ishhhh cantiknya rupa dan bentuk teko kotak ni .




Teko kotak ni kat belakang pun ada corak comel je...

6 ulasan:

  1. Waduh2 Cik Nannie ooi....tu dia bila dah kluar teko kotak, 3 ketui sekali...cantik2 pulak tu, terkesima melihatnya. Cantik nannie serius nih...
    Agak2 berapa ye satu biji teko ni, mahal tak?? Baru nak belajar2 beli...hehe

    BalasPadam
  2. salam kak nannie..
    wahhhhh..makin hebat..koleksi teko kotak ni mmg buat kita ketagih..non-stop punyalah..lagi2 kalau jumpe yg cun2..terguda habiss..tahniah yer akak..dah ada 3 ketui tu..esok lusa beranak pinak lagi..hehehe..

    BalasPadam
  3. Mas,
    happy sangat dah saya ni dapat 3 ketui teko kotak ni dulu masa senang jumpa tak mo beli bila dah makin pupus sekarang ni baru saya nak kumpul buat koleksi nasib la dapat 3 biji corak bunga2 . Teko kotak ni saya beli kat taliban so rege lepas diskaun rm160 kalu kat amcorp rm200 nego dpt rm180 tapi kt amcorp dah elek tak dak dah yg corak2 bunga mcm ni semuanya jenis warna cold corak biasa yg corak weet munga2 dah pupus.

    BalasPadam
  4. wlksalam Yatt,
    hehehehe mmg betul tu yatt teko kotak ni blh buat kita ketagih sebab bila dah bawa balik rumah n belek baru nampak keunikkan dan cantik sgt masa kat kedai beratur byk2 mcm biasa je . Thanks yatt ,nasib la akak sempat gak merasa kumpul yg corak munge2 ada 3 biji pn dah happy . Tu la kalu jumpa lagi n rege pn ok mesti akak belinyer hehehehe susah dah nak dpt teko kotak skrg ni

    BalasPadam
  5. salam nanie, wahhh gambar aritu kat amcorp dah kuar kat fb ya. bleh kak tengok? am sure i look so gumuks in there!.. hehehe

    BalasPadam
  6. wlksalam kak fitty ,
    thanks singgah sini , ye kak gamabr kt fb tu saya masukkan kt fb akak nk tgk ke macam mana ya akak ada fb ke blh saya add akak , gamabr akak cute aje tak gumuks pn comel n cute..

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..