Khamis, 28 Oktober 2010

Almari putih dah sampai

Almari baru yang di tunggu dah sampai dengan selamatnya ke rumah saya dari Ikea pada petang Selasa yang lepas . Gumbiranya saya yang sekarang ni masih berkemas koleksi yang saya kumpul selama ni . Almari asal kat dining area ni dah bertukar tempat dan almari lama saya yang satu lagi warna gelap pun saya nak cat hari ni jadi warna putih juga bagi matching dengan 2 almari baru saya ni .
Dah lama saya mencari almari untuk saya display segala koleksi yang saya mula kumpul dari Julai tahun lepas . Puas dah saya mencari almari antik yang besar dan tinggi tapi saya tak jumpa dan lepas tu saya ingat nak beli almari jati tapi last-last almari dari Ikea juga jadi pilihan kami berdua . Sebelum ni saya memang dah ada 2 almari solid wood dari Ikea dan sampai sekarang masih kukuh utuh sebab tu saya pilih almari solid kayu birch ni . Cuma kali ni saya pilih warna putih kiranya tukar deco la sikit . Perabot warna putih ni dapat buatkan ruang yang sempit tampak lebih luas dan selesa so memang elok sangat la dengan rumah saya yang mempunyai ruang yang terhad .

Almari putih baru..

Sekarang ni saya masih dalam proses kemas sana dan sini insyallah dalam sehari dua siap la semuanya . Nanti bila dah siap baru saya boleh buat n3 baru lagi . Thanks pada semua sahabat yang sering singgah blog saya ni..

4 ulasan:

  1. Salam Nannie,

    Cantiknya almari tu, simple but nice. Kaler putih pasti pinggan mangkuk antik tu nanti bakal lebih terserlah.Para2 dia pun ada byk, banyaklah koleksi yg boleh dimuatkan nanti. Tak sabar nak tengok n3 seterusnya bila almari tu dah berisi....

    BalasPadam
  2. salam nannie

    puas hati dapat lemari tu, semua boleh tengok dari atas sampai ke bwh.. he he hadiah bestday ya... k shima pun tak sabo nak tengok nannie susun atur.. :)

    BalasPadam
  3. salam Mas,
    temacih ,dah banyak kali pusing dan cari lemari last2 paten simple amcam ni juga la yg saya bekenan hehehe. saja saya pilih color putih bila susun byk pn lemari putih ni ruang rumah saya ni masih nampak luas , tu la sbb para byk ni la sya pilih lemari ni baru puas menyusun nanti, hehe sabar2 mas nanit bila dh selesai susun saya buat n3 lg

    BalasPadam
  4. wlksalam kak shima ,
    hehe pandai k shima mmg lemari ni hadiah birthday saya , mmg puas saya menyusun smlm nanit bila dh ok saya buat n3

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..