Jumaat, 6 Mei 2011

Tureen bujur berbunga mekar

Tengahari Jumaat ni sempat saya buat n3 ringkas lagi , semua kerja dah beres so sempat la saya buka blog sekejap .Kali ni saya nak kongsi koleksi tureen yang baru sampai ke rumahku syurgaku ni . Semenjak dua menjak ni saya makin giat kumpul tureen dan koleksi tureen saya makin bertambah macam-macam corak dan bentuk , alhamdulillah ada saja sumber untuk saya dapatkan tureen idaman dengan harga yang berbaloi .

Memang cantik tureen tak kira yang berbunga warna-warni atau yang simple saja coraknya . Semua tureen ada keunikkan dan daya tarikkan yang tersendiri dan pada saya semua tureen adalah cantik dan saya akan cuba kumpul pelbagai bentuk serta corak tureen . Teringat pesan seorang kawan pada saya , kata beliau supaya simpan semua tureen-tureen yang saya ada tak kira bercorak simple geometri atau mewah berbunga serta warna-warni tak kira buatan China , Jepun atau dari England sebab semakin lama semakin sukar nak jumpa tureen-tureen antik ni . Barang lama yang sangat tinggi nilai estetika dan tak mungkin dapat dicari ganti lagi di masa depan .

Jom tengok beberapa keping gambar tureen bujur dengan corak bunga-bungaan yang baru saya dapat ni . Ukuran tureen ni 10 inci serta dalam keadaan yang masih elok walaupun ada kesan retak sikit pada pemukaan tutup tureen . Sweet sangat corak pelbagai bunga dengan warna-warni yang ceria hmmmm cantikkan....

Bunga di setiap penjuru tureen bujur ni...cantik la..sweet..

Ada bunga sri pagi , daisy dan ros sweetkan..

Tureen ni coraknya hanya pada penutup dan tidak ada corak pada badan tureen . Bila tengok tureen ni saya terbayang kan zaman dulu masa tureen ni diguna oleh pemilik asal untuk isi lauk pauk , cukup bergaya kan bila tureen secantik ni di letak di atas meja makan....

2 ulasan:

  1. nannie,
    bestnya berduyun2 tureen datang... he he tahniah nannie, semua cantik2, dan jarang lihat bunganya, tureen2 ni memang payah nak jumpa....

    BalasPadam
  2. to kak Shima,
    alhamdulillah ka happy juga saya dpt kumpul semua tureen-tureen ni n termasuk la yg terbaru tureen bentuk bujur ni :)

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..