Isnin, 28 Jun 2010

SET CAWAN KOPITIAM


Saya cuba cari di kedai apek sekitar kawasan rumah saya ni dan saya dapat la beli koleksi pertama saya iaitu set cawan kopitiam ni .


Set cawan dan piring kopitiam ni dah lama saya berkenan , semenjak rajin minum-minum di kopitiam saya suka belek set cawan ni dan pagi tadi saya dah beli 1 dozen set cawan piring ni , sukanya saya . Cuma saya tak tau la nak guna teko yang corak macam mana untuk set cawan kopitiam ni , kena cari teko plain color light cream la pulak...


Pada mata saya corak dan bentuk set cawan kopitiam ni menarik sangat dan ada nostalgia yang tersendiri mengingatkan kisah zaman saya kecil-kecil dulu . Semua set cawan kopitiam ni saya beli untuk kegunaan harian.

CAWAN CORAK BUAH-BUAHAN


Lagi entry tentang set cawan , masa mula tengok cawan dan piringnya saya ingatkan ni corak baru sebab saya tak pernah nampak motif buah-buahan ni di blog antique collector lain . Saya tanya tokeh kedai tu banyak kali dan dia cakap set cawan ni memang corak lama sangat...
Rupa-rupa zaman dulu ada corak buah-buahan macam ni , sekali imbas tengok corak buah-buahan ni macam yang saya selalu tengok pada set pinggan mangkuk famous motif Pomona Portmeirion dari England tapi bila tengok cop bawah piring memang dari China. Masa beli tu piring corak ni ada beberapa keping lagi tapi saya tak beli rasa rugi pulak nantilah saya akan cuba pegi kedai tu lagi...
corak buah-buahan


corak pada piring


Saya suka sangat corak buah-buahan ni sebab ianya berbeza dari corak yang biasa saya lihat macam corak roses , pokok kelapa , bunga padi , bunga kekwa dan macam-macam lagi . Saya teringin nak tengok full set corak buah-buahan ni macam teko , piring , pinggan kalau cukup set mesti cantik sangat..


Cop belakang piring

KEKWA BIRU

Selamat pagi pada semua pengunjung dan teman sealiran , pagi ni saya rajin pulak nak buat banyak entry ok la kan bukan selalu mai semangat rajin ni hehehe .
Saya nak kongsi koleksi teko terbaru saya , teko bongsu saya ni memang dah lama saya idam-idamkan dan akhirnya saya dapat juga . Harap-harap satu hari nanti saya dapat la kumpul sekali set cawannya....

Teko alladdin corak bunga kekwa biru..



Cantikkan.....

TWO TONE ROSES


Asalamualaikum dan selamat petang , kejap je dah hari Isnin kan dan kita semua pun baru je habis menyambut Hari raya Aidiladha . Ok la hari ni saya nak berkongsi koleksi teko roses yang baru saya dapat kumpul ni .
Sebelum ni saya suka kumpul koleksi yang simple dan klasik macam bunga padi , ros jambatan dan kekwa hitam tapi sekarang ni saya dah mula minat dengan roses juga . Saya dapat la kumpul beberapa jenis corak ros tapi semuanya hanya teko dan saya akan cuba cari set cawannya pula .

Teko shape buah pear dengan corak roses color pink dan grey , saya ada kumpul piring bujang saja tanpa cawan , mana la saya nak cari cawannya kalau dapat memang cantik sangat la set ni.


close-up roses yang sedang berkembang mekar , cantikkan.

Ini pulak corak roses di bahagian belakang teko.

TEKO VCR

Lagi sebiji teko ros dalam koleksi terbaru teko saya , nama untuk corak ni ialah Victorian China Roses . Saya mula tengok corak ros ni di blog kawan-kawan sealiran tapi koleksi mereka semuanya mabelous gitu , akak ni jee baru dapat teko seketoi ok la kan hehehe . So , sekarang ni saya memang hanya akan kumpul set cawan dengan teko atau hanya teko saja sebab lebih mudah untuk saya simpan...

Kudup rose di bahagian belakang teko..

LABU BIRU


Selamat petang pada semua pengunjung , hari ni saya terlebih rajin pulak sebab tu boleh buat banyak entry . Masa saya balik kampung last week sempat juga saya pergi hunting di kedai apek kat pekan Klawang ni , ada la beberapa kedai apek so saya masuk dari satu kedai ke kedai apek lain tapi tak jumpa apa pun tapi di kedai apek yang last sekali saya jumpa teko labu ni .

Comel lotey je teko ni saiz sederhana la...

Corak organik pada badan teko , simple tapi cantik...

TEKO CORAK BUNGA TERATAI

Teko untuk teh cina , hasil hunting juga first time saya tengok dekat kedai apeks terus saya bekenan dan bila saya pegi Amcorp Mall lepas habis hunting tengok ada sorang peniaga tu jual teko yang sama macam yang saya beli ni so kiranya corak pada teko ni memang antik la...

Saiz teko ni sama macam teko antik lain cuma lebih berat sikit dan saiz muncungnya lebih besar , corak lukisan tangan bunga teratai kat badan teko ni memang cantik sangat macam free hand drawing...tu la keunikkan pada teko ni yang memikat pandangan mata saya..

CORAK BURUNG MERAK

Selain dari corak flora saya pun suka juga kumpul teko yang ada corak fauna macam burung merak ni . Cantik lukisan corak merak pada teko ni..lain dari corak kebiasaan yang saya pernah jumpa dan tengok . Dapat sebiji pun jadi la.....

Burung merak...

TEKO CORAK DAISY

Saya dapat lagi satu teko kecil , tapi ada kesan gam yang tak dapat nak dicuci , so saya dapat beli dengan harga yang murah juga . Saya tengok kat bawah teko ni ada perkataan Japan , mesti Teko ni buatan dari Jepun la ni dan corak pada teko ni simple dan sweet saja .

corak yang simple


TEKO BUNGA ROS

teko mini dengan corak bunga-bunga

Koleksi baru teko mini saya ni , comel saja..


Teko mini corak bunga ros


Kedua belah pemukaan teko mini ada corak roses

BUNGA PADI


Petang semalam saya ke Bunga Reben cari lace lagi untuk di buat simpanan , sebelum ke jalan TAR saya singgah dulu kat Jalan Pasar . Masa sampai banyak dah kedai tutup tinggal kedai jual ikan aquarium yang buka lagi , kedai yang saya beli pinggan dulu pun dah tutup lain kali kalau nak datang sini kena cepat sikit . Kedai apek kat sini pun dah tak banyak barang antiknya , saya saja pegi sebab memang saya akan tempuh jalan Pasar kalau nak ke KL pun.
Sebelum ni saya tak pernah masuk lagi kedai nyonya ni , macam biasa saya rasa mungkin saya tak dapat jumpa barang yang menarik kalau ada pun mesti piring atau pinggan kangkung lagi yang saya akan jumpa. Memang betul pun banyak sangat pinggan kangkung yang saya jumpa tapi bila saya donggak ke bahagian rak atas saya nampak teko bunga padi niiiiii . Sukanya sebab harga teko ni yang murah dan bestnya sebab saya jumpa sendiri , terujanya lain sangat la.....wa manyak happy .....
So , ini lah rupa teko bulat corak bunga padi hasil hunting saya petang semalam , rim silvernya berkilat sangat maklum la brand new . bila tanya nyonya kedai , dia kata last piece kat stor pun dah tak ada design lama macam ni dia dah tak oder lagi.


Close-up bunga padi dan kudup/putik bunga yang ninot/kecil dan comel kat tepi tu..


Teko bunga padi dengan piring bujang bunga padi yang saya dapat hasil hunting di Alor Setar . Corak yang sama tapi rim kat piring ni color gold pulak , ok la tak kisah coraknya masih sama . Lepas ni saya nak cari cawan corak bunga padi 2 kuntum ni , harap dapat la saya jumpa...

BUNGA PADI



Happy Sunday , harap semua pengunjung blog saya melalui hari ini dengan baik .

Jumaat lepas saya masukkan n3 set bunga padi ni dan masa tu saya tak ada teko serta saya hanya ada 5 set cawan/piring tapi hari ni bertemu juga saya dengan teko idaman ku ini serta satu set cawan/piring.....sukanya............akhirnya lengkap la sudah set saya ni (",)

BUNGA PADI


Selamat petang pada semua kawan-kawan dan pengujung blog saya ni , petang ni saya nak share gambar set cawan/piring bunga padi pulak .
Ini lagi satu koleksi bunga ton hitam saya lagi hehehe... saya memang bekenan sangat la dengan bunga ton hitam , black beauty yang klasik dan elegant... Tapi saya ada lima set saja cawan ni , ok la....

Kalau pattern cawan ni di panggil jenis cawan apa ya ?


Mangkuk nasi ni corak bunga padi sekuntum saja dan rim keliling bibir mangkuk color gold , lawa ni brand new memang berkilat , saya jumpa di kedai apek . Masa saya masuk stor kedai apek , mangkuk nasi ni elok saja terletak tepi para macam saja je tayang diri dia kat saya yang tak larat nak panjat tangga tinggi-tinggi .

Masa jumpa masih elok berikat , dah berapa tahun la umur mangkuk nasi ni kan...sayang saya gan koleksi mangkuk ni.. bila dah balik rumah saya tengok mangkuk ni boleh di satu kan dengan koleksi bunga padi 2 kuntum yang lain , kira ok la asal corak still dalam kategori bunga padi.


close-up corak bunga , simple jee tapi cantik...


Set bunga padi yang saya ada sekarang , nak beli teko je dan baru la boleh jadi happy family ^_^

YOU ARE MY SUNSHINE


Masa mula-mula minat dengan hobi kumpul pinggan mangkuk antik ni saya hanya kenal corak bunga kangkung tu pun dapat tau namanya dari blog kawan-kawan lepas tu saya kenal corak bunga kekwa hitam , ros jambatan and so on semakin banyak nama corak yang saya kenal.
Plan saya dulu hanya nak kumpul corak bunga kangkung dan kekwa hitam sebab corak-corak tu saja yang mak saya guna dulu kiranya saya nak kembalikan memori lama la. Masa tu saya tak kenal apa tu J G Meakin , J Bros , Vcr , Oc dan lain-lain nama corak lagi. Tapi tu la kan bila dah semakin lama dengan hobi ni dan saya selalu juga pegi blog kawan-kawan sealiran dan otai-otai untuk menambah ilmu dan pengetahuan heheehehe , dari tak tahu saya dah jadi banyak tau dari minat sikit-sikit dah jadi terus melekat.....tu la dasyatnya penangan hobi kumpul pinggan mangkuk antik ni . Hari ni entry saya al-kisah koleksi J G Meakin Sunshine .
Saya memang tak pernah plan nak kumpul koleksi Sunshine ni sebab saya tau bukan senang nak dapat tapi bila dah ada depan mata dan harga pun ok saya sapu bersih semua . Memang corak Sunshine ni cantik sangat . Walaupun saya hanya dapat piring dan cawan saja pada saya cukup la asal ada pelan-pelan saya cuba tambah koleksi ni...
My precious Sunshine


Hmmmm bab nama-nama corak ni la yang saya kurang arif hehehe nanti la saya check balik kat blog otai-otai nama depa semua ni hehee...


Set cawan terbaru dalam koleksi saya...waa banyak sayang woo...tiap-tiap hari belek kejap atau saya jeling-jeling manja gitu kat cawan-cawan saya ni...


Hmmm adakah ini Sunshine corak bunga Daisy....

J G MEAKIN SUNSHINE

Sambung cerita kisah cawan-cawan J G Meakin Sunshine saya yang saya ada beberapa biji ni , yang ini koleksi sulung saya . Saya beli dari kak Saidah , mula tu ingat cukup la dapat sebiji ni lepas tu saya jumpa pula piring-piring 2 biji tu dan lepas tu jumpa pula Sunshine Daisy hmmmm lepas ni apa la pulak yang saya akan jumpa....

Cantikkan corak bunganya ni memang berkobar-kobar juga semangat saya nak tambah koleksi ni tapi kena pelan-pelan kayuh juga kalau jumpa lagi dan harga pun cantik saya beli la...


Piring ni koleksi terawal saya dan saya dapat beli dengan harga RM 4 sebiji , saya dapat 2 biji jadi la bukan senang nak jumpa . Saya teringin nak tambah koleksi ni juga dan yang pasti hobi ni memang banyak guna $$$$ so saya kena la berbelanja dengan berhemah kehkehkeh....

ok la sampai sini dulu besok saya masukkan entry baru lagi tapi asemua bergantung pada line internet saya ni semenjak 3 minggu lepas ni Maxis Broadband saya jadi slow tak tau la kenapa mungkin ke kerana cuaca yang sekejap cerah lepas tu mendung dan hujan lebat . Kadang-kadang saya boleh masuk internet tapi tak boleh masuk blog dan kadang-kadang baru 3 minit masuk blog line internet saya boleh terputus dan saya kena start sambung balik . Kadang laju macam pagi ni tapi semalam terlalu slow sampai saya tak boleh nak taip komen untuk blog sendiri hmmmm memang susah juga la guna Broadband ni ....

Bye...bye....tata...

Selasa, 22 Jun 2010

PAKU-PAKIS BERJALUR

Selamat petang Rabu


Koleksi teko terbaru saya , corak yang simple tapi saya suka sangat . Teko dengan corak kombinasi berjalur-jalur dan paku-pakis . Cap kat montot teko ni adalah seekor ayam jantan .

Berjalur biru dengan paku-pakis perak


Berjalur hijau dan paku-pakis perak


Polos putih bersih dengan corak paku-pakis perak

PAKU-PAKIS

Alhamdulillah syukur , saya rasa lega sangat sebab saya dapat buka satu lagi blog . Semalam memang sibuk la juga dan hari rutin harian saya dan family berjalan seperti macam biasa .

Ok la petang ni saya nak berkongsi koleksi paku pakis yang saya dah mula kumpul dari hujung tahun 2009 . Corak flora daun paku-pakis berwarna perak , simple pattern tapi cukup menawan pada mata saya .





Cop ayam jantan MRS hmmm dari mana ye asalnya set ni mungkin kah dari Jepun...

HASIL HUNTING


Selamat tengahari pada semua pengunjung blog saya, apa aktiviti anda semua untuk hari ni ... ? Selamat berhujung minggu ya pada semua ..

Hari ni n3 saya biasa-biasa saja , ni ha saya masukkan gambar hasil hunting yang masih kotor . Selalu lepas balik dari mencari kat kedai apek saya tak pernah ambik gambar rupa hasil hunting yang berabok . Kali ni saya ambik la buat kenangan hehehehe cuma rupa cawan J G Meakin tu saja tak ambik gambar sedih benar rupanya penuh dengan taik lipas , habuk dan tak tau la apa benda lagi .

Bila balik terus saya basuh sebab senang nak simpan dan ambil gambar , kali ini pegi hunting saya memang happy sangat sebab semuanya saya beli dengan harga yang murah sangat , syukur la. Ini kali ke tiga saya dapat jumpa teko selalunya pinggan /piring saja . Teko pun saya jumpa sampai 3 biji tapi bukan la corak twin bunga rose tapi teko bunga padi , ros jambatan , corak geometri . Saya happy walaupun saya dah ada teko -teko ni kecuali teko corak geometri la yang saya tak jangka boleh jumpa.

Bila dah habis cuci dan polish baru la cantik berseri-seri rupa semua pinggan/cawan dan teko hasil hunting hari Ahad sudah ^_^

Tu je la kisah untuk n3 hari ni , saya dah nak keluar ni nak pegi Nilai 3 dengan family dan kakak-kakak saya , nanti besok saya masukkan gambar lagi apa hasil yang saya dapat cari hari ni......


Ok bye dan Happy Saturday...