Selasa, 22 Februari 2011

Tureen n teko antik Jepun

Hari ni saya nak kongsi koleksi tureen dan teko antik Jepun yang saya mula kumpul dari tahun lepas dan dari info yang saya dapat di blog TAJ , teko Jepun ni dikeluarkan sekitar tahun 1900-1940 . Baru-baru ni koleksi saya bertambah dengan 2 biji teko serta sebiji tureen lagi dan paling buat saya gembira bila tengok condition teko-teko dan tureen baru ni dalam keadaan yang sangat cantik .

Trio 3 biji teko dalam 3 saiz , teko yang tengah tu memang tak ada tutup asal dan bentuk macam buah labu sementara teko yang kiri sekali serta teko sebelah kanan sama bentuk cuma saiz je berbeza.

Teko Jepun ni cantik sangat la..

Terlalu cantik..

Palitan corak bersadur warna emas yang masih cantik , mesti pemilik asalnya jarang guna teko ni atau teko ni hanya dijadikan hiasan sebab condition teko ni masih dalam keadaan yang sangat cantik .

Gabungan corak geometri dan organik yang sangat cantik..

Unik dan mahalnya porcelian antik Jepun ni adalah pada kehalusan hasil pembuatannya yang sangat tinggi nilai estetikanya . Porcelian Jepun ni tergolong dalam kelasnya yang tersendiri....

p/s. Sekarang ni kalau buat n3 saya lagi suka masukkan banyak gambar baru la best layan tengok koleksi pml antik dan saya ni bukannya reti sangat nak karang ayat so tengok gambar lagi bestkan..

Tureen antik Jepun


Dua biji tureen kesayangan...

Perbezaan 2 biji tureen ni adalah pada pemegang tutup tureen dan tangkainya..

Cantikkan...

Teko antik Jepun


Teko antik Jepun kesayanganku..


Cantiknya....

Ahad, 20 Februari 2011

Mrs. pot sakura

Corak bunga sakura ni memang lah antara corak favorite dan kesayangan saya . Buat masa ni saya dapat kumpul 4 bentuk teko dan yang terbaru ialah Mrs.Pot ni . Sekarang ni saya masih cari sugar pot dan creamer untuk bagi lengkap koleksi kesayangan saya ni..

Mrs.pot kesayangan..

Bersama cawan yang sepadan..

Selasa, 15 Februari 2011

Five roses

Salam buat semua pengunjung blog saya ni dan selamat bercuti sempena sambutan Maulidur Rasul . Pagi ni saya nak berkongsi koleksi cawan 5 roses yang baru saya dapat dan memang cantikkan serta elegant sangat bentuk cawan ni terutamanya pada pemegangnya .

Corak 5 roses idaman setiap collector pml..


Saya dapat 3 pasang cawan bentuk elegant ni..


Sepasang cawan dengan pemegang yang sama dengan teko labu 5 roses yang dah lama ada dalam simpanan saya...

Posing bersama..

Ok bye-bye untuk entry pagi ni..

Isnin, 14 Februari 2011

Tahniah kak Liza (Kedai Ipoh Loken)

Seronok tadi saya tengok my dear friend kak Liza yang muncul di TV3 dalam rancangan Wanita Hari Ini dengan topik perabot vintage so termasuk la pinggan mangkuk lama yang vintage atau antik . Syabas saya ucapkan pada kak Liza and I`m so happy for you . Moga kak Liza terus sukses dalam perniagaan pml dan barangan vintage lain termasuk la perabot. Pada sesiapa yang nak cuci mata atau nak beli pml di BLOG KAK LIZA boleh la klik DISINI

Kak Liza adalah antara otai yang berpengalaman luas tentang pml antik dan kak Liza pun ada kedai di Anggerik Mall , Shah Alam selain berniaga di Maha Sedang serta Putrajaya . Kalau ke Loken atau Memorylane jangan lupa singgah ke tapak family husband kak Liza berniaga betul-betul di pintu masuk/gerbang Loken tapi kak Liza tak la ada di Loken setiap hari Ahad so selalunya waris atau family husband kak Liza yang berniaga di sana .

Congratulation kak Liza yang cantik berbaju merah..

Btw sori la kualiti gambar yang kurang memuaskan hehe banyak kali juga saya snap ni untuk dapat gambar yang terbaik..

Kak Liza yang tengah bercerita dan bagi penerangan tentang cawan kangkung , pengacara tanya "macam mana nak tau pml yang betul-betul lama" and kak Liza jawab " tengok pada cop bawah cawan ni sebab pml antik ada cop yang tersendiri seperti tulisan MADE IN CHINA yang warna merah atau hitam" memang betul pun so pada mereka yang baru nak kumpul pml the first lesson is untuk belajar mengenal jenis-jenis cop untuk mengetahui sama ada pml tu betul-betul antik atau produk baru . Macam saya juga dulu sikit demi sedikit saya belajar tentang vintage and antik pml ni dan banyak juga ilmu serta info yang saya dapat dari kak Liza..

Kak Liza..

Nampak kan alamat kedai kak Liza di Anggerik Mall so kalau berminat nak kumpul pml boleh la cari kedai kak Liza atau facebook kak Liza . Saya dapat 6 pasang cawan pml pertama iaitu corak maple coklat dari kak Liza la iaitu masa saya mula-mula ke Maha sekitar bulan Ogos 2009...

Kak Liza tengah bercerita tentang pml tahniah ya kak dapat muncul dan memberi info tentang pml di TV3 . Awal pagi ni bila dapat je call dari kak Liza saya excited la terus saya bereskan semua kerja rumah secepat mungkin dan dalam pukul 12 suku saya dah ada depan tv walaupun sebenarnya saya ni jarang tengok rancangan WHI tapi sebab kak Liza akan muncul saya mesti la tengok bagi sokongan pada kawan....


Ni pula antara pml yang kak Liza bawa semuanya bunga kangkung dan set biru polos..

Ok bye for now nanti besok insyallah saya masukkan n3 baru...

Ahad, 6 Februari 2011

Simply beautiful

Set yang saya sendiri tak tau apa nama coraknya sampai la ke hari ni so saya bagi nama bunga biru simple ok ke ?? nanti la tanya otai . Saya dapat tekonya tahun sudah dan baru-baru ni saya dapat set cawan-cawannya. Corak bunganya macam lukisan bunga yang abstrak dan sangat simple kiranya jauh menyimpang dari corak kelaziman pml lama iaitu bunga ros elegant yang cantik kembang . Di sebabkan corak bunganya yang sangat simple la buat saya cukup bekenan ..'Beauty in the eye of the beholder'..
Set ni saya dapat kumpul 2 jenis bentuk cawan..

Set cawan ni rimnya warna silver sama dengan teko cantikkan..

Set cawan ni pula rimnya warna gold cantik la sangat,,


Teko yang sangat tip top, so lepas ni nak cari beberapa biji piring dan mana tau kalau boleh dapat sugar pot dan creamer so kena tunggu aja laaa..

By for now kalau ada kelapangan saya buat n3 baru lagi ya tata..

Trio teko kesayangan

Dulu masa mula nak kumpul pml ni saya memang tak tau langsung nama corak bunga pml asal jumpa je beli dan beli sampai satu tahap lemari , kabinet dapur dah penuh so memang banyak sangat pinggan mangkuk , teko dan set yang saya ada dan akhirnya saya jual untuk bagi ruang simpanan kepada set yang betul-betul saya nak simpan .

Sekarang ni saya dah tau jenis porcelian yang jadi idaman dan saya nak simpan macam teko trio 3 biji ni saya dapat kumpul bulan November tahun sudah . Saya memang dah lama cari pml dengan corak-corak bunga ni sebab tergolong dalam kategori corak bunga yang 'rare' dan antik .

Masa dapat tu memang suka la sangat sebab teko buatan Jepun ni memang antik dengan corak yang jadi idaman collector pml . Teko bersaiz sederhana dan masih dalam keadaan cantik . Mungkin agak susah nak cari set cawannya tapi di Amcorp Mall macam-macam boleh ada dan timbul hanya perlu tunggu saja....


Bunga poppy nanti saya nak gandingkan dengan teko kotak hmm mabelesnya suka-suka..


Bunga periuk kera..cantik sangat..



Ni pula namanya corak ros Jepun cantikkan , harap-harap dapat la saya cari set cawannya so tunggu lagi insyallah jumpa la..

Rabu, 2 Februari 2011

GA kak Aida


Saya join GA lagi dan kali ni kak Aida dari blog Al-Kesah yang anjurkan GA sempena Raya Cina. Pada yang nak join boleh baca detail GA ni di blog kak Aida klik SINI

Syarat-syarat penyertaan adalah :

(1) Mestilah jadi follower aida dulu ye ( Adil buat yang sedia ada ).
(2) Entri GA ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment.
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).


HADIAH PERTAMA- set makan Indian Tree Wedgewood tureen beserta 5 mangkuk mungkum

HADIAH KEDUA- Sakura Chinese teaset untuk 6 beserta sekeping piring

Selasa, 1 Februari 2011

Geder-geder dengan kak Izan..

Salam petang Selasa..
Hari ni saya dapat jumpa sorang lagi kawan fb iaitu kak Izan yang sudi bertandang ke rumah saya . Terima kasih ya kak Izan yang sudi luangkan masa petang Selasa di rumah saya ni . Happy saya dapat jumpa kak Izan kali ni dan macam-macam juga yang kami sembangkan hal-hal tentang pml .
Bestkan bila dapat jumpa kawan yang sama minat dengan kita bila bercerita tu bersemangat je hehehe..tambah best kalau cerita pengalaman masa hunting dan kisah macam mana boleh terjebak dengan hobi kumpul pml ni . Pada kak Izan kalau ada kelapangan meh la singgah rumah saya lagi boleh la kita kongsi cerita tentang hobi kita ni .

Kak Izan dan saya..

Kak Izan posing dengan koleksi saya yang seadanya ni..

Ok sampai sini dulu..
Insyallah kalau ada kelapangan saya akan masukkan n3 baru lagi