Khamis, 18 November 2010

Poppy n ros

Ramai juga PML yang ada teko kotak bunga poppy dan ros ni kan kiranya antara corak yang agak mudah nak jumpa buat masa ni . Teko kotak ni adalah yang terbaru saya dapat dan bunga serta kombinasi warna bunga cantik gitu .

Bila dah dapat sebiji mula la nak cari lagi dan bila dah dapat 2 biji teko kotak minat makin menjadi-jadi sampai la jumpa teko kotak yang ketiga ni . Saya dah happy dapat 3 biji teko kotak corak bunga kiranya dah sampai la hajat saya ni . Kalau jumpa lagi teko kotak dan harganya pun ok mampu beli memang saya akan tambah lagi koleksi sebab teko kotak ni memang usianya lama sangat dan susah dah nak jumpa sekarang ni .

Teko kotak ni kotor masa saya beli dan bila balik rumah saya tuang klorox campur air dalam teko ni dan biar dalam 4 jam lepas tu saya basuh dan gosok semua daki kat bahagian luar dan dalam teko ni . Bila dah bersih ishhhh cantiknya rupa dan bentuk teko kotak ni .




Teko kotak ni kat belakang pun ada corak comel je...

Rabu, 17 November 2010

SELAMAT HARI RAYA HAJI

Assalamualaikum di pagi yang mulia ini...

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji pada semua rakan-rakan dan para pengunjung blog saya ni , bersyukurlah pada Allah diatas segala nikmat yang dikurniakanNya pada kita selama hidup didunia ini dan mengharapkan rahmatNya diakhirat kelak. Amin.

Isnin, 15 November 2010

Sebakul bunga idaman hati

Sudah lama ku tenung dan ku minati,
Baru kini idaman hati ada di sisi..

Kali ni saya nak kongsi bersama koleksi teko kotak saya yang ke dua motif corak masih bunga ros kembang tetapi kali ni ros di dalam bakul . Kali pertama pandang terus hati ni bekenan dan saya terus pinang teko ni untuk menjadi penyeri di gobok antik Nannie la .Corak bunga sebakul kat teko ni memang memikat sangat pada pandang mata saya ni . Kombinasi warna dan bunga sangat la sweet .




Sweetnya..

Isnin, 8 November 2010

Berbunga-bunga pagi ni

Salam pagi Isnin..
Dah lama juga saya idamkan teko kotak dan selalu juga saya cuci mata di blog Yatt , Mat Gebu dan kak Welly tengok koleksi teko kotak mereka yang sangat mabeles tu memang cantik sangat...
Lama-lama tengok mana boleh tahankan saya pun teringin la juga nak kumpul . So slow-slow saya cari dan saya dapat teko kotak corak bunga-bunga kembang ni . Kat mata saya ni cantik sangat dah corak bunga poppy daisy kat teko kotak ni just nice condition teko ni pun masih elok . So bila dah dapat idaman hati boleh la dipandang belek hari-hari hehehe..




Seronokkan bila idaman hati dah ada depan mata....

Khamis, 4 November 2010

Selepas dan sebelumnya..

Almari hiasan x-display unit ni saya beli dari Ikea yang masa tu dipamerkan di ruang "As is" saya beli tahun sudah lepas berbulan juga cari almari hiasan . Masa beli almari solid wood jenis birch ni warnanya coklat gelap dan tak ikut warna perabot kayu yang dah ada kat rumah saya tapi disebabkan harga diskaun sampai 70% dari harga asal saya beli juga . Saya memang plan nak cat warna putih tapi tak buat-buat sampai la last week sebab nak bagi matching dengan 2 almari baru saya tu . Kalau tak cat kang rumah saya ni dah jadi padat sangat macam kedai perabot sebab ada almari macam-macam color pula..

Ini la rupa asal almari ni saya cat bahagian luar dan suami cat bahagian dalam . Dalam 2 hari baru la siap . Ok juga tak la susah sangat nak cat almari ni dapat la juga exercise sambil nak nak bagi almari ni cantik ikut citarasa sendiri....

Sebelum..

Taraaa selepas dah siap...

Bila kering je cat terus saya display balik set-set yang saya ada dan sekarang ni baru la saya puas hati sebeb almari ni dah jadi warna putih . Ruang dining rumah saya ni pun tampak lebih luas......