Lepas 4 hari baru la saya betul-betul dapat kemas koleksi saya ni dalam lemari baru saya ni . Saya tak dapat nak susun piring dan oval platers sebab tak cukup ruang hmmm macam mana tu hehehe tak kan nak tambah lemari lagi hehehe . Saya takut juga kalu susun banyak-banyak sangat nanti berat pula kan so saya puas hati sangat dengan susun atur yang saya buat ni..
Pages
KOLEKSI KESAYANGANKU..
5 roses
(3)
almari hiasan
(6)
ayan/mangkuk tingkat/siaa
(1)
big roses
(1)
buluh emas n geisha
(1)
bunga kobis/cabbage rose
(1)
bunga padi
(3)
bunga peonies
(3)
bunga sabun
(1)
bunga simple biru
(1)
bunga terung
(5)
cawan kopitiam
(5)
cerita antik
(3)
corak geometri
(4)
dahlia biru
(2)
five roses
(1)
gelas berkaki
(1)
give away
(1)
grapes
(1)
hunting
(1)
J G Meakin
(5)
jalan-jalan
(7)
jualan
(1)
kabinet warisan
(2)
kangkung
(14)
kawan-kawan
(2)
kedai nannie
(1)
kekwa biru
(2)
kekwa merah
(2)
kopitiam
(1)
labu kaca
(1)
mangkuk biskut raya
(3)
Meakin resemblance
(1)
paku-pakis
(4)
palissy
(2)
pelita
(1)
piring
(1)
piring dodol
(1)
pokok kelapa
(4)
ros hijau
(2)
ros hitam
(3)
ros jambatan
(1)
ros pink kelabu
(1)
rosa
(4)
sakura
(5)
sakura putih
(2)
set bunga bakul biru
(1)
set cawan
(1)
set jepun
(1)
set mini
(2)
sunflower J n G Meakin
(1)
sweet roses
(1)
tag
(3)
teko
(11)
teko kotak
(4)
teko mini
(1)
teko n tureen Jepun
(4)
tiffin biru
(2)
tureen
(16)
twin roses
(4)
two tone roses
(1)
vcr
(3)
wild roses
(1)
Ahad, 31 Oktober 2010
Khamis, 28 Oktober 2010
Almari putih dah sampai
Almari baru yang di tunggu dah sampai dengan selamatnya ke rumah saya dari Ikea pada petang Selasa yang lepas . Gumbiranya saya yang sekarang ni masih berkemas koleksi yang saya kumpul selama ni . Almari asal kat dining area ni dah bertukar tempat dan almari lama saya yang satu lagi warna gelap pun saya nak cat hari ni jadi warna putih juga bagi matching dengan 2 almari baru saya ni .
Dah lama saya mencari almari untuk saya display segala koleksi yang saya mula kumpul dari Julai tahun lepas . Puas dah saya mencari almari antik yang besar dan tinggi tapi saya tak jumpa dan lepas tu saya ingat nak beli almari jati tapi last-last almari dari Ikea juga jadi pilihan kami berdua . Sebelum ni saya memang dah ada 2 almari solid wood dari Ikea dan sampai sekarang masih kukuh utuh sebab tu saya pilih almari solid kayu birch ni . Cuma kali ni saya pilih warna putih kiranya tukar deco la sikit . Perabot warna putih ni dapat buatkan ruang yang sempit tampak lebih luas dan selesa so memang elok sangat la dengan rumah saya yang mempunyai ruang yang terhad .
Almari putih baru..
Sekarang ni saya masih dalam proses kemas sana dan sini insyallah dalam sehari dua siap la semuanya . Nanti bila dah siap baru saya boleh buat n3 baru lagi . Thanks pada semua sahabat yang sering singgah blog saya ni..
Rabu, 27 Oktober 2010
Bekas biskut raya
Saya tengah mengemas almari pinggan mangkuk ni so habis semua barang dibawa keluar dulu sebab almari ni dah berpindah tempat . So dapat la saya ambil gambar segala isi almari ni macam bekas kuih raya ni . Bekas kaca ni pun buatkan saya teringat masa zaman saya kecil dulu klasik sangat.....
Hari-hari tengok koleksi sendiri
Gembiranyaaaa..diri ku ini...
Kalau ada rezeki lagi
Boleh la daku tambah koleksi yang ada ni
Selasa, 26 Oktober 2010
Berkemas
Salam di pagi Selasa yang nyaman ni..
Dari semalam lagi saya dah mula berkemas koleksi set cawan teko saya ni sikit-sikit . Masa simpan dalam almari nampak macam sikit tapi bila dah dibawa keluar haa penuh satu meja . Nampak gaya kami anak beranak makan nasi berkelah la kat bawah nanti hehe sementara tunggu sampai saya habis kemas balik ni .
Saya berkemas ni bukannya sebab nak pindah rumah tapi koleksi saya ni nak masuk rumah baru . Lepas berbulan-bulan mencari almari antik yang sesuai dengan saiz rumah saya dan bajet tapi tak jumpa-jumpa juga last sekali saya beli je lemari yang saya dan suami bekenan . Paling penting lemari baru saya ni kukuh dan boleh tampung berat koleksi kaca saya ni . Nanti bila dah siap kemas baru la best saya nak buat n3 baru . Tapi saya ambil gambar koleksi siap susun dalam lemari juga la sebab nak senang kerja...
Selama ni yang buat saya susah sikit nak buat n3 baru sebab nak kena ambil keluar dari lemari dulu koleksi kaca dan susun baru boleh diambil gambar , lepas tu nak susun balik masuk lemari . Saya dah tak serajin macam tahun sudah , ye la masa tu baru mula nak kumpul memang sentiasa excited nak buat n3 baru dan ada masanya saya buat sampai 3 entry sehari . Memang tahun ni saya dah kurang aktif berblog tak kira la blog antik ni atau blog saya yang lagi 2 tu . Lagi pun saya fikir siapa la yang sudi nak masuk blog saya sekarang ni hehehe tak pe la . Sekarang ni saya buat n3 pun untuk saya simpan buat kenangan diri saya sendiri dan untuk anak-anak saya . Pada kawan-kawan yang masih sudi jengah dan selalu tegur saya di ruang shoutbox atau comment blog saya ni , saya ucapkan terima kasih banyak-banyak...
Saya pinjam jap bekas simpan mainan Adam ni untuk saya isi cawan-cawan..
Ponek la den nak kemas balik ni hehehe tapi kalau dah minat tak de halnyer :)
Langgan:
Catatan (Atom)