Salam pagi Selasa
Sweet roses , pada saya bunga ros pada corak VCR yang simple dengan warna tona merah hati ni sangat cantik . Tanpa gabungan warna yang pelbagai corak bunga ni sangat menonjol dengan warna latar putih bersih .
Saya mula minat kumpul corak VCR ni semenjak tahun sudah lagi mula-mula dapat beli teko bentuk biasa di kedai antik lepas tu saya dapat beli teko dari Kak Nur . Lepas tu saya ada beli beberapa biji piring tanpa cawan tapi saya simpan saja mana la tau bila-bila nanti saya dapat cari cawan yang sepadan dengan piring-piring tu tapi bila dapat cari cawan jenis lain pulak . So saya simpan saja la dengan harapan satu hari nanti dapat la saya lengkap koleksi VCR saya ni....
Lama-lama kumpul akhirnya dapat juga saya lengkapkan koleksi saya ni walaupun pun mix & match tapi saya dah puas hati sebab pencarian saya dah selesai . Sapa tak seronok kalau idaman hati dah cukup kiranya dah boleh tutup buku VCR laa...
Teko aladdin yang menawan sangat pada mata saya ni..
Set lengkap 6 cawan mulut lebar bersama teko , bekas gula serta susu , 5 piring kuih dan sebiji pinggan besar .
Cawan mulut lebar , cantikkan corak simple bunga rose ni...